Istilah juga nilai hidup. [1] Dari segi

Istilah etnik adalah berasal dari perkataan
Yunani iaitu “ethnos”  yang membawa
kepada maksud “orang”.  Istilah etnik menurut  dalam bidang sains  sosiologi bermaksud sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dan menganggap diri  mereka adalah sama antara satu sama lain dari
segi bahasa, agama, budaya dan juga nilai
hidup. 1 Dari segi istilah, ia  merupakan kelompok manusia yang  ditentukan melalui perbezaan budaya, adat, kepercayaan dan juga bahasa. Manakala dari segi
bahasa pula boleh didefinisikan sebagai
bangsa ataupun kaum bagi sesebuah masyarakat. Sesebuah kelompok
manusia menganggap kelompoknya adalah  berbeza dari kelompok yang lain di sebabkan beberapa faktor etnisiti 
atau lebih dikenali sebagai  ciri-ciri sosio-budaya. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4,
hubungan adalah bermaksud sangkut paut,
pertalian ataupun kaitan diantara sesuatu perkara.  Mengikut teori
evolusi, Homo Sapiens berkembang lalu bercabang menjadi tiga ras utama iaitu
Caucasoid atau orang Eropah iaitu berkulit putih, Mongoloid atau orang Asia
Timur  dan Negroid atau orang Afrika yang berkulit hitam. Di samping itu , maksud ras mengalami penggunaan yang terhad kerana tidak semua kelompok  termasuk didalam golongan ras yang perkatakan.
Maka , istilah etnik dilihat lebih bersesuaian  dengann penggunaannya bagi merujuk kepada kelompok-kelompok manusia  dan dalam kajian mengenai
masalah perkauman dan perpaduan. Menurut Max Weber, etnik adalah sebagai ”
human groups that entertain a subjective belief in their common descent because
of similarities of physical type or customs orof both or because of memories of
colonization or migration.” Definisi tersebut jelas memberikan perbezaan di
antara kelompok etnik dan juga kelompok ras. Hal ini  kerana, kelompok ras
lebih berdasarkan ciri-ciri biologi manakala bagi kelompok etnik pula terbentuk
berdasarkan pengalaman bersama dari sebuah nenek moyang, kesamaan dalam masa
kolonialisme atau perpindahan penduduk.2 Semenanjung
Tanah Melayu telah mula didiami oleh manusia sejak 25,000 tahun yang lalu, namun kemudiannya mereka dipercayai telah mengalami
kepupusan. Walaupun begitu, etnik yang masih
lagi bertahan dan menduduki Tanah Melayu hingga ke hari ini adalah masyarakat
pribumi –orang asli, etnik Melayu, Cina dan India. Selain di Semenanjung Malaysia, terdapat juga kepelbagaian etnik di Sabah dan Sarawak yang masih kekal hingga ke hari ini
antaranya ialah Murut, Bidayuh, Kadazan dan sebagainya.3 Kepelbagaian etnik di
Tanah Melayu (Malaysia) mula wujud sejak dahulu kala lagi. Hal ini kerana, Tanah Melayu telah menjalinkan perhubungan di antara China dan India melalui urusan perdagangan sejak abad ke-7 lagi.
Selepas pemberian Melaka kepada British oleh Kerajaan Belanda, sifat
keseragaman ini beransur hilang sedikit demi sedikit ekoran dari kerajaan British yang memberi peluang kepada rakyat negara China dan India datang bekerja di Tanah Melayu. Hal ini terjadi akibat daripada
perkembangan perusahaan bijih timah,  Pulau Pinang
dan Singapura  turut menjadi pusat
perdagangan  yang mengakibatkan pertambahan kemasukan rakyat asing dari
China dan India ke Tanah Melayu.4