1.1 yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan

1.1        
Pengenalan

Bab ini membincangkan
perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan meliputi latar
belakang kajian, pernyataan masalah, kerangka kajian, objektif kajian, persoalan
kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi
operasional serta rumusan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

1.2        
Latar
Belakang Kajian

Pendidikan
mengalami perubahan saban hari untuk membentuk warga pelajar yang
berintelektual tinggi dan seterusnya untuk mewujudkan generasi minda kelas
pertama. Perubahan ini perlulah seiring dengan gaya kepimpinan yang diamalkan
oleh setiap guru besar. Kerajaan memperuntukan sebanyak RM 50  bilion kepada sektor pendidikan dalam  bajet 2017. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
turut telah memperuntukkan RM1.4 bilion untuk dibelanjakan untuk semua jenis
sekolah iaitu daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Tamil, Sekolah Mubaligh serta sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Keprihatinan
kerajaan dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama jelas ditunjukkan
menerusi peruntukkan ini. Selain daripada itu, bekas menteri pelajaran Tan Sri
Muhyiddin Yassin dalam satu ucapan penutupan sempena Persidangan Serantau
Pertama mengenai Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan di Institusi Aminuddin
Baki dari 12 hingga 15 September 2009 turut menyatakan hasrat serta harapan
kerajaan agar lebih banyak sekolah berkualiti diwujudkan dan ia menjadi pilihan
utama ibu bapa. Beliau juga turut menyatakan bahawa hanya menerusi kepimpinan
yang berkualiti sahaja dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, pengurusan yang
mantap yang sekaligus dapat meningkatkan kualiti pendidikan.

Guru
besar adalah nahkoda yang berperanan untuk memajukan sekolah dan membawa warga
sekolah ke hala tuju yang bersesuaian bagi mendapat kejayaan. Guru besar yang
mengamalkan gaya kepemimpinan transformasional terbukti dapat menampilkan  diri sebagai seorang pemimpin yang mantap
dengan hasil kerja yang lebih baik. Faktor ini, merupakan titik permulaan yang
positif untuk sesebuah sekolah berkembang menjadi lebih baik dan berjaya serta
menjadi sebuah sekolah yang berkesan (Alimuddin, 2006).

Anjakan
paradigma atau penambahbaikan yang dipraktikkan dalam konsep kepimpinan
transformasional ini adalah kearah memberi penekanan kepada konsep kerja
berpasukan, mewujudkan iklim kerja yang kondusif serta meningkatkan penglibatan
ahli organisasi di dalam sekolah. Kepimpinan ini memberi kesan kepada budaya
sekolah yang diwarisi. Menurut Deal dan Peterson (1999)budaya merangkumi
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, norma, adat resam dan
kemahiran-kemahiran yang dipraktik di sekolah.

 

1.3        
Pernyataan
Masalah

 

Datuk Seri Mohd Najib,
Perdana Menteri Malaysia  yang merupakan
bapa transformasi negara menegaskan bahawa pemimpin mampu mengubah  pengikutnya yang lemah ke tahap pencapaian
dan kejayaan yang lebih tinggi.Guru besar mengamalkan gaya kepimpinsan
transformasional di sekolah. Gaya kepimpinan transformasional berfokuskan kepada membina
matlamat yang dikongsi bersama, mempertingkatkan komunikasi serta mengambil
kata putus secara kolaboratif.Kepimpinan transformasional mencetus perubahan
sikap dan pemikiran seseorang itu terhadap tanggungjawabnya bertitik tolak dari
kesedaran yang diwujudkan oleh pemimpin terhadap subordinat dan bukannya kerana
ganjaran mahupun ugutan.

            Gaya kepimpinan transformasional ini memberi impak kepada
budaya sekolah. Ini kerana sekolah vernacular seperti sekolah Tamil, sekolah
mubaligh kristian dan sekolah Cina mempunyai pegangan yang berbeza dengan
sekolah aliran lain. Pengkaji ingin menjalankan kajian ini untuk mengetahui
adakah gaya kepimpinan transformasional yang diamalkan oleh guru besar data
mengekalkan budaya sekolah Tamil?

 

 

1.4        
Ojektif
Kajian

Objektif kajian
ini adalah seperti berikut :-

     
i.       
Mengenal
pasti gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di Port Dickson.

   
ii.       
Mengenal
pasti kefahaman gaya kepimpinan transformasional di kalangan guru besar.

  
iii.       
Mengenal
pasti kefahaman pengekalan budaya sekolah Tamil dikalangan guru besar dan
guru-guru.

  
iv.       
Mengenal
pasti hubungan antara gaya kepimpinan transformasional dengan pengekalan budaya
sekolah Tamil.

   
v.       
Mengenal
pasti cabaran dan langkah-langkah mengekalkan budaya sekolah Tamil di Port
Dickson.

 

1.4.1    
Persoalan
Kajian

Di dalam kajian ini, beberapa persoalan telah
dikenalpasti :

  i.           
Adakah
gaya  kepimpinan trnsformasional
diamalkan olehguru besar di Port Dickson?

  
vi.       
Apakah
tahap kefahaman gaya kepimpinan transformasional di kalangan guru besar di Port
Dickson?

  vii.       
Apakah
tahap kefahaman pengekalan budayadi kalangan guru besar di Port Dickson?

ii.           
Adakah
terdapat hubungan antara gaya kepimpinan transformasional dengan engekalan
budaya sekolah Tamil?

iii.           
Apakah
cabaran dan cadangan untuk menangani masalah ini di peringkat sekolah?

 

1.5.2 Hipotesis Kajian

Berikut adalah hipotesis
yang dibina bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dijalankan. Kesemua
pernyataan hipotesis adalah dalam bentuk hipotesis nol.

       
i.     
Tidak
terdapat hubungan yang signifikasi antara gaya kepimpinan transformasional
dengan pengekalan budaya sekolah.

     
ii.     
Tidak
terdapat perbezaan yang signifikasi terhadap amalan kepiminan transformasional
dari segi jantina.

 

1.5        
Kepentingan
Kajian

Kajian ini memberi manfaat
kepada semua pihak termasuk, Kementerian Pendidikan Malaysia, PPD, pihak
pentadbiran sekolah dan guru Hasil kajian ini boleh membuktikan dan dapat
memberikan gambaran tentang amalan kepimpinan transformasional guru besar
denganpengekalan budaya sekolah Tamil. Ini dapat menambahbaik proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi para
murid. Selain itu, kajian ini juga dapat mencadangan penambahbaikan amalan
kepimpinan transformasional jika terdapat impak kepada budaya sekolah.

 

 

1.7 Batasan Kajian

Kajian
ini melibatkan guru besar sekolah rendah di Port Dickson yang terdiri daripada
10 buah sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini boleh
dilakukan terhadap populasi yang lebih besar terhadap guru-guru di bawah
naungan Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

            Maklumat yang diperoleh daripada
responden ini adalah berdasarkan maklum balas dalam soal selidik yang dibentuk
dari Perceptual Learning Style Preference Questionnaire (PLSQ) sahaja. Justeru,
respon murid adalah terhad dan ia berdasarkan kepada maklum balas boring soal
selidik yang disediakan.

1.8 Definisis Operasional

Definisi untuk setiap istilah
dinyatakan untuk menjelaskan konsep dalam kajian ini.

 

Mereka tidak boleh berbincang dalam kumpulan.

1.8.1 Gaya

Gaya  ialah sikap atau  kesukaan(Kamus Pelajar Edisi Kedua)

 

1.8.2 Kepimpinan

Kepimpinan bermaksud keupayaan
memimpin atau orang yang diikuti melalui teladan (Kamus Dewan Edisi
Keempat)

 

1.8.3 Pemimpin Transformasional

Pemimpin transformasional bukan sahaj
mengenal pasti keperluan pengikut, tetapi cuba meningkatkan keperluan itu ke
peringkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi dan pada masa yang sama
cuba memenuhi keperluan potensi kakitangan. Penglibatan keseluruhan seperti
emosi, intelek dan moral antara pemimpin dan pengikut akan menggalakan pengikut
membentuk keupayaan melebihi kadar biasa (Burns, 1978)

 

1.8.4 Guru Besar

Orang yang menjadi ketua kepada guru-guru di sekolah(Kamus Pelajar Edisi Kedua)

 

1.8. 5 Pengekalan

Pengekalan bermaksud
mengekal­kan atau pemeliharaan supaya berterusan. (Kamus Dewan Edisi
Keempat)

 

1.8.6 Budaya
sekolah 

sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma
institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan
tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri (Banks dan
Banks(1993), Deal dan Peterson (1998)

 

1.9 Rumusan

Teorikepimpinan yang dipilih oleh
pengkaji ialah Teori Kepimpinan Transformasional. Kajian ini dijalankan untuk
melihat hubungan antaraGaya Kepimpinan Transformasional dengan pengekalan
budaya sekolah Tamil di  Port Dickson.
Hasi kajian ini dapat membantu mengetahui impak pengamalan gaya kepimpinan ini.